Aku ni asyik nak suruh orang amal sunnah, sunnah, sunnah tapi aku tak bagitahu apa benda yang sunnah selain jubah serban purdah dan lain-lain tu.
Jadi dengan rendah hati, mari kita muzakarah amalan-amalan sunnah nabi saw mengikut bab-bab dlm kehidupan nabi.
Kita mulakan dengan amalan sunnah yang berkaitan dengan tandas dulu ok?.
1). Sunnah masuk tandas kaki kiri.
2). Sunnah baca doa masuk tandas ketika nampak tandas yakni sebelum masuk. (Haram baca doa selepas dah masuk sebab kalimah allah, muhammad dan ayat-ayat quran diharamkan disebut dlm tandas).
3). Sunnah memakai selipar ketika dalam tandas.
4). Sunnah menutup kepala ktika dalam tandas.
5). Sunnah memakai kain basahan ketika mandi (makruh mandi bogel).
6). Sunnah rendahkan badan serendahnya
untuk buang air dan cuma buka pakaian bawah ketika badan telah
direndahkan (jagan buka masa tegah berdiri).
7). Sunnah buang air dalam keadaan mencangkung.
8). Sunnah berdehem 3x selepas buang air kecil.
9). Makruh lihat najis.
10). Sunnah gunakan dulu benda kesat utuk buang najis (seperti tisu) sebelum bahagian kemaluan dibasuh degan air.
11). Makruh bercakap-cakap dlm tandas.
12). Sunnah menjawab salam degnan berdehem (kalau ada org bagi salam dari luar tandas).
13). Makruh duduk lama-lama dlm tandas tanpa hajat.
14) Apa-apa idea yang dapat ketika dlm tandas, jangan disyorkan ke dlm mana-mana mesyuarat agama kerana dikhuatiri ia idea dari syaitan.
15). Makruh kencing berdiri dan haram jika terpercik ke pakaian atau badan dan akn dpt seksaan kubur.
16) Haram kencing dalam air yang tenang.
17). Jangan bawa tulisan Allah, muhammad atau ayat-ayat quran.
18). Jika memakai cincin yang tertulis kalimah, maka pusingkan ia ke arah perut tapak tagan dan genggamkan ia.
19). Jika ada ayat-ayat quran yang dijadikan
tangkal lalu dijahit didalam gulungan-gulungan pakaian, maka dibenarkan masuk ke
tandas tanpa perlu bukak jahitan itu.
20). Keluar tandas degan kaki kanan dan baca doa keluar dari tandas.
Cukup 20 sunnah dulu. amal dulu yg ni. jagan asyik cari maklumat je amalnye tidak. hehe. :)
Note: Sumber artikel ini ditulis oleh maulana Ibnu batoota (Facebook) beliau adalah pelajar madrasah yang menuntut ilmu di Afrika dan mempunyai ijazah bersanad sampai ke Rasulullah saw.
Oh ya, artikel ini juga telah mendapat keizinan daripada beliau untuk di publish di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan