Halaman

Sunnah Nabi Sebelum Tidur




Sebelum ni kita ada muzakarah bab sunnah berkaitan tandas kan? dah amal ke belum?
ke sekadar menjadi ‘pencari maklumat’? 

Pencari maklumat tak kan selamat kat akhirat. Nabi galakkan para sahabat cari ilmu sebanyakny. Tapi yang dikira oleh Allah hanya yang diamalkan sahaja. Jadi kalau nak lepak kat wall ni, pastikan anda jadi pengamal, bukan pencari maklumat.

Jom kita muzakarah adab sunnah waktu malam pulak…. :)

1). Sunnah baca surah mulk dan sajadah selepas maghrib selamat dari seksa kubur insya-Allah.

2). Sunnah baca yasiin selepas isya tiap malam.

3). Dibenarkan lambat solat jemaah isyak jika ada kepentingan agama(seperti ceramah agama atau mesyuarat agama).

4). Sunnah juga baca surah waqiah tiap malam, tak kan fakir orang yang istiqamah membacanya.

5) Sunnah iktikaf di masjid lepas magrib sampai isyak, Allah akan bina mahligai di syurga.

6) Sunnah buat solat awwabin 6 rakaat lepas solat ba’diah magrib.

7) Sunnah baca surah kahfi pada hari jumaat (bermula lepas maghrib khamis)

8) Sunnah solat sunat witir tiap-tiap malam (dalam mazhab hanafi wajib buat tiap malam).

9) Sunnah berwudhu untuk tidur.

10) Sunnah kibaskan tempat tidur dengan kain dari tempat letak kepala menuju ke kaki dengan 3 kibasan dan setiap kibasan dibaca lahaulawalaquwwataillabillah.

11) Sunnah pakai celak sebelum tidur.

12) Sunnah pakai minyak zaitun, sapu di kening,janggut dan rambut sebelum tidur.

13) Sunnah niat qiamulail untuk tahajud sebelum tidur.

14) Sunnah maafkan semua orang dan doakan semua orang sebelum tidur.

15) Sunnah baca 3 qul dan tiupkan ke tapak tangan, kemudian dengan sedikit isyarat ludah ke tangan, lalu disapukan dari kepala, seluruh badan, sampai kaki, ulang 3 x.

16) Sunnah baca ayat kursi untuk perlindungan

17) Sunnah baca tasbih fatimah sebelum tidur (33 subhanallah, 33 alhamdulillah, 34 allahuakhbar).

18) Sunnah baca doa-doa sebelum tidur (malas nak tulis, pergi carik sendiri dalam kitab doa)

19) Kalau tak boleh tidur, sunnah baca doa tak boleh tidur.

20) kalau mimpi buruk, buat isyarat ludah 3x ke belah kiri selepas baca ta’awuz (a’uzubillahiminasyaitonirrojim), kalau mimpi baik,bangun dan solat hajat agar ia berlaku, jangan cerita mimpi buruk kat orang.

ada banyak lagi, tapi kita bagi 20 je dulu macam biasa. kalau sunnah dalam tandas hari tu pun belum amal, macam mana nak amal yang ni pulak? bagi banyak-banyak nanti jadi pencari maklumat je lah. tapi hidup tak berubah jugak, sunnah nabi tak amal jugak…
Didoakan Allah ampunkan kita……

Note: Sumber artikel ini ditulis oleh maulana Ibnu batoota (Facebook) beliau adalah pelajar madrasah yang menuntut ilmu di Africa dan mempunyai ijazah bersanad sampai ke Rasulullah saw.

Oh ya, arikel ini telah mendapat izin dari beliau untuk di publish kan di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright© All Rights Reserved pena-siswa2u.blogspot.com