Halaman

Bolehkah Beramal Secara Terang-terangan?



Bismillah. ilham untuk berkongsi ini datang dengan izinNya. Sebelum saya bahas perkara di atas. izinkan saya bercerita berkenaan seorang pemuda yang dulunya ber'amal kerana ingin di lihat orang. Dimana dia malu untuk  melakukan solat berjemaah di surau kerana selalu memikirkan perspektif dari orang yang melihat. 


Fitrah manusia ke arah kebaikan. Tiap daripada kita telah disapa oleh hidayah-Nya. Apabila kita berani bertindak untuk berubah, maka kita telah peroleh taufiq-Nya. begitulah yang di alami oleh pemuda itu dimana dia teringin melakukan solat berjemaah di surau tetapi dia selalu memikirkan perspektif orang disekelilingnya. di dalam benak fikirannya akan timbul (budak ni poyolah macam bagus je) di tambah ketika waktu mghrib dia memakai kain pelekat dan berbaju melayu disertakan kopiah putih untuk ke surau. Dia berasa malu dengan berpakaian seperti itu. Ya itulah namanya malu tidak bertempat.


Perkara ini berlarutan sehingga dia yang dulunya rajin pergi ke surau menjadi semakin malas untuk ke surau kerana malunya tidak bertempat itu. sehingga pada suatu ketika dia di takdirkan Allah melihat satu video yang membahas tentang riak. ya, tanpa sedar dia mempunyai sifat riak iaitu ber'amal kerana orang lain bukan kerana Allah (nauzubillah).  

 
Baiklah, Bolehkah beramal secara terang-terangan? beramal secara terang-terangan adalah satu syiar kita sebagai umat islam. kerana itu azan, haji, umrah, qurban, aqiqah dan solat berjemaah dilakukan secara terang-terangan kerana itu dakwah bagi yang lain. Bayangkan sekiranya perkara ini dilakukan secara tersembunyi. Adakah islam akan berkembang seperti sekarang? Semua bergantung kepada niat seseorang dan kita sebagai manusia tiada hak untuk menilai.  


Rasulullah saw saja pernah beramal sedekah secara terang-terangan, Malahan sahabat-sahabat Rasulullah saw pun begitu. Lihatlah saidina Abu Bakar yang menyumbangkan kesemua hartanya untuk islam. yang terpenting adalah niat terpelihara (lillahita'ala). belum tentu yang beramal diam-diam itu ikhlas. katakanlah kita sedekah secara diam-diam, lalu terdetik dihati kita oh ya di masjid sepertinya saya yang sedekah paling banyak. nah, itulah riak.



Riak adalah beramal kerana orang lain. Malahan tidak jadi beramal kerana orang lain juga adalah riak, Contohnya didalam sebuah majlis ilmu, kawan kita menyapa ta bersedekah ke? ah ta na lah nanti orang cakap apa. nah, inilah riak kerana tidak beramal kerana orang lain. Contoh lain, kawan menyapa, kenapa ta solat berjemaah di masjid? ah tana lah nanti orang cakap apa, bajet alimlah itulah inilah. nah, inilah riak ingin beramal kerana orang lain. 



Jadi dilihat orang, tidak dilihat orang, sendiri-sendiri, ramai-ramai sekalipun sampai yang melihat sehingga 3000 orang, sedekah atau beramal saja yang penting hati kita mengharap balasan dari Allah bukan pujian dari manusia. Wallhualam. lain sekolah lain pula ajarannya, hormati perbezaan.



Oh ya, kisah diatas adalah kisah saya sendiri. Ya, itulah keburukan saya sebelum ini. Ampuni aku Ya Rabb. Alhamdulillah sedikit demi sedikit saya telah memperbetulkan niat saya kerana Allah. Terima kasih Allah.



Berikut doa yang sering saya amalkan setelah selesai solat dan Alhamdulillah jika kita amalkan kita akan mudah melakukan ibadah dengan izinNya. " Ya Allah, bantulah aku mengingat-Mu, mensyukuri nikmat-Mu dan perbaiki ibadah kepada-Mu."(Riwayat Ahmad)" Aamiin ya rabb.




Related Post:

1 ulasan:

  1. Amalan dlm islam tu sendiri terpecah kpd 2 jenis. Satu jenis wajib di syiarkan. Satu jenis lagi wajib/bagus disorokkan.
    Pertama..Solat. Kategori pertama Solat fardhu. Wajib disyiarkan. Manakala Solat2 sunat bagus disendirikan. Solat Tahajud paling top jika berseorangan.
    Kedua: Zakat Fadhu wajib disyiarkan. Manakala amalan yg sama, iaitu mengeluarkan/mengorbankan duit secara bersedekah adalah bagus dibuat secara sorok2.
    Ketiga : Haji wajib syiarkan pemergiannya, manakala Umrah bagus secara diam saja.
    Puasa begitu juga. dibulan Ramadhan kita syiarkan dgn amalan bertarawikh berjemaah, berkiamulail dsbnya di mesjid2. Tapi puasa sunat kita tak perlu beritau siapa2.
    Dan begitu juga amalan zikir dsbnya..... wallahualam.

    BalasPadam

Copyright© All Rights Reserved pena-siswa2u.blogspot.com