Halaman

Senarai buku yang saya impikan

Bismillah. Saya ingin berkongsi tentang buku2 menarik yang boleh Tuan2 dan cik puan hadam sempena penyerahan baucer baru-baru ini. Saya percaya anda semua ingin menggunakan baucer tersebut dengan sebaik-baiknya. Izinkan saya berkongsi buku-buku yang dah lama saya impikan yang mungkin memberi sedikit maklumat kepada anda. Malah Dengan izinNya ada beberapa buku yang telahpun saya miliki. InsyaAllah saya akan kongsikan Review buku-buku tersebut di kemudian hari :)



1. Biografi Muhammad bin Abdullah (Edisi 2011)

“Buku ini bukan sahaja wajar dijadikan hadiah kepada bukan Islam, malah kepada remaja Islam hari ini yang lebih mengenali ikon-ikon hiburan berbanding Nabi Muhammad.” -Maizura Ederis, Majalah Millenia Muslim -

Maklumat lanjut (Klik Sini)


2. Syamail Muhammadiyah: Keanggunanmu Ya Rasulullah

Maklumat lanjut (Klik Sini)

3. Buku Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta (Facebook page)

Manusia bijak tidak akan pernah gagal merancang,walaupun perancangan mereka itu belum tentu berjaya.

Begitu juga dalam aspek perhubungan. Bukan mudah mahu merancang perkahwinan yang penuh bahagia, sekiranya tidak dimulakan sejak dari awal jatuh cinta.

Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta mampu mengelakkan bakal pengantin daripada terjebak dengan episod masalah kewangan yang berpanjangan, sebaik sahaja bergelar pasangan suamiisteri.

Malah mengelakkan pasangan daripada hanya menjadi raja untuk sehari, tetapi menjadi hamba untuk sepanjang hayat. (Buku ini boleh diperolehi di popular Terminal 1)

Penulis: Tuan Shamsuddin Kadir

 4. Buku Makan Gaji Tetapi Kaya 

Bekerja makan gaji bermaksud bekerja dengan dibayar gaji yang tetap setiap bulan. Bekerja makan gaji memang selesa dan kurang berisiko berbanding seorang usahawan. Namun, Timbul juga keinginan yang meluap-luap oleh si pekerja makan gaji bagi mengumpulkan harta tambahan untuk anak-anak mereka.

Mahu tambah pendapatan dan harta, tanpa berhenti kerja makan gaji? Berkawanlah dengan buku ini.

Makan Gaji tetapi Kaya (Edisi Kemas Kini) akan membantu kita bagi mengenali beberapa teknik:

- Bagaimana menjana pendapatan aktif
- Bagaimana menjana pendapatan pasif
- Bagaimana mengurus wang keluar masuk
- Bagaimana melabur wang dalam pelaburan hartanah

Penulis: Tuan Shamsuddin Kadir
Maklumat lanjut (Klik Sini)

5. Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang (Facebook page).

Hampir mustahil bagi kita memisahkan hutang dalam kehidupan seharian. Hutang ibarat racun dan penawar. Jika bijak mengawaknya, maka hidup pasti kekal bahagia. Malah kita semakin kaya-raya. Jika hutang gagal diurus, maka hidup kita semakin miskin atau lebih buruk., bankrap.

Alangkah ruginya andai ada antara kita terlepas memiliki Hidup Tenang Walaupun Berhutan (Edisi Kemas Kini) terutamanya bagi:

- Graduan yang berminat memiliki kenderaan sendiri dengan cara berhutang.
- Pasangan suami isteri yang berhutang perabot, televisyen dan keperluan rumah lain.
- Menggunakan kad kredit setiap bulan bagi perbelanjaan sendiri.
- Gelisah diburu 'Ah Long' atau ceti haram di mana-mana sahaja.
- Bergaji tetap, namun masih sesak melunaskan segala hutang.
- Dihubungi pihak bank bertalu-talu yang menuntut hutang pinjaman.

Penulis: Tuan Shamsuddin Kadir

Maklumat Lanjut (Klik Sini)

6. Buku Buat Duit Dengan Rumah & Kaya Dengan Rumah

Orang bodoh nampak pandai jika ada banyak duit. 
Orang pandai pula nampak bodoh jika tiada duit.
Kita tidak dipandang tinggi jika hanya dikenali sebagai orang bijak pandai tetapi tidak berduit. Ini kerana, kita mempunyai risiko dibeli oleh orang lain. Ini yang sedang berlaku dalam masyarakat hari ini. Orang yang berpelajaran terpaksa mengikut telunjuk orang yang membelinya. 

"Buku ini membantu individu yang bekerja memulakan perjalanan ke arah memiliki timbunan harta dengan menjadikan hartanah sebagai paksi bagi mendapatkannya.” Yim Choong Chow

Penulis: Tuan Shamsuddin Kadir

Maklumat Lanjut (Klik Sini)

7. Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman Bin Auf

Jika ada yang bertanya tentang rahsia bisnesnya, Abdul Rahman bin Auf menjawab,

“Aku tidak menjual barang-barang yang rosak. Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit tetapi diberkati oleh Allah.”

Berbisnes di dunia, untung sampai ke syurga.

Maklumat lanjut (Klik Sini)

Note: saya peroleh buku ini di MPH

9. Biografi Syed Mokhtar Albukhary

Maklumat lanjut (Klik Sini)

12. Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemas Kini)

Buku ini memberi panduan dan tip kepada sesiapa sahaja yang berminat memulakan perniagaan sendiri. Antara perkara menarik yang disentuh di dalam buku ini seperti bagaimana memilih calon isteri untuk usahawan, bagaimana memilih syarikat dan sektor bisnes, bagaimana memilih rakan kongsi dan bagaimana syarikat dirompak dan perkara baik yang membahayakan.

Penulis: Puan Ainon Mohd (Pemilik penerbit buku PTS)

Maklumat lanjut (Klik Sini)

13. Law of Universal Attraction

Fikir secara positif, perasaan dan tindakan kita turut menjadi positif. Semua ini membawa kita kepada kejayaan di dunia dan di akhirat.

Maklumat lanjut (Klik Sini)

Note: Buku ini boleh diperoleh di MPH atau popular Jusco

Ps: Renungan ilmu itu lebih baik daripada harta. ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tetapi ilmu bertambah apabila dibelanjakan (dikongsikan) - Saidina Ali Bin Abi Talib

Semoga Bermanfaat :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright© All Rights Reserved pena-siswa2u.blogspot.com