Halaman

Soal Jawab berkenaan label "Wahhabi"


Perhatian: Sila share sejauh mungkin kerana golongan Wahhabi sedang giat memutarbelit kona spin drift 360 darjah yang nama "Wahhabi" itu bukan merujuk kepada mereka(maklum lah,sejarah hitam Wahhabi yang bekerjasama dengan eropah jatuhkan Khalifah Islam dan membunuh ramai umat Islam di Mekah,Madinah,Taif dan lain-lain tempat di jazirah Arab sangat mengerikan,jadi mereka sangat takut dilabel "Wahhabi" sebab takut orang tak mau ikut ajaran ekstrim mereka.)

Soalan 1(Wahhabi): Label "Wahhabi" kepada Muhammad bin Abdul Wahhab An-Najdi(M.A.W) itu adalah fitnah!M.A.W dan ulama yang mengikutinya tidak pernah menisbatkan diri kepada gelaran "Wahhabi",gelaran "Wahhabi" itu diberikan oleh orientalis barat kepada mereka!

Jawapan dari ustaz ibn Nafis (ASWJ): Jangan buat satu pernyataan fitnah."Wahhabi" memang dinisbahkan kepada Muhammad bin Abdul Wahhab. Ia diperakui oleh Sheikh Bin Baz sendiri.Takkan wahhabi tak kenal siapa ulamak besar sanjungan mereka sendiri ni ?

Sheikh Bin Baz (Ulamak Wahhabi yang selalu digunakan sebagai antara rujukan utama pengikut Wahhabi yang mereka anggap setaraf mujtahid) telah berkata:

ﺍﻟﻮﻫﺎﺑﻴﺔ ﻣﻨﺴﻮﺑﺔ ﺇﻟﻰ ﺍﻟﺸﻴﺦ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﻮﻫﺎﺏ ﺭﺣﻤﻪ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻤﺘﻮﻓﻰ ﺳﻨﺔ 1206 ﻫـ ،
ﻭﻫﻮ ﺍﻟﺬﻱ ﻗﺎﻡ ﺑﺎﻟﺪﻋﻮﺓ ﺇﻟﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻓﻲ ﻧﺠﺪ

Maksudnya: "Wahhabiyyah adalah nisbah kepada Sheikh Imam Muhammad bin Abdil Wahab r.a.h yang wafat pada 1206 Hijrah yang mana dia mendirikan dakwah menuju Allah di Najd (dengan
pemikirannya)”.

[Majmu' Fatawa wa Maqalat siri ke-9]

Soalan 2 (Wahabi) : Gelaran "Wahhabi" tu kononnya di ambil dari nama Muhammad bin Abdul Wahhab,jika benar nama "Wahhabi" itu di ambil dari namanya,kenapa pula nama bapak nya yang di sebut?(Yakni Abdul Wahhab) bukannya namanya sendiri iaitu Muhammad?Bukankah kita patut gelarkan gerakan dia sebagai "Muhammadiah" sempena namanya sendiri bukan nama bapaknya?

Jawapan dari Ibnu Batoota : Ini soalan yang sangat jelas jahilnya tentang sejarah ulama Islam,bagi yang belajar sejarah Islam,sudah biasa bagi mereka melihat penisbahan fahaman seseorang ulama itu dengan nama bapak atau nama moyang atau nama keluarga atau nama tempat selepas kematian mereka dan itu perkara biasa dalam islam dan di amalkan sekian lamanya..jangan cakap ni bidaah pulak ye...contohnya:

*Imam Ahmad bin Hanbal tak pernah gelarkan dirinya sebagai "hanbali" atau "hanabilah" (sebab itu kan nama bapaknya?Dia tentulah gelarkan diri sebagai Ahmad) tapi para ulama nisbahkan fahaman beliau sebaga "hanabilah" atau "hanbali" sehingga mazhabnya disebut sebagai mazhab Hanbali sedangkan bapaknya langsung tak ada kaitan dengan penubuhan mazhab tu. 

*Mazhab Syafie pengasasnya bernama
Muhammad bin Idris,manakala Syafi'e tu nama moyang nya..Tapi kenapa mazhab tu dinisbatkan pada nama moyangnya(yakni Syafi'e) yang tiada kaitan dengan penubuhan mazhab Syafi'e sedangkan nama sebenar pengasasnya ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf?

*Begitu juga pengasas Mazhab akidah Maturidi,nama sebenarnya ialah Abu Mansur Muhammad bin Muhammad bin Mahmud Al-Maturidi.

*Hal yang sama berlaku pada mazhab akidah Asy'arie di mana pengasasnya bernama Abu Al-Hasan Ali bin Ismaa'il bin Abi Bishr Ishaaq,keturunannya bersambung kepada Abu Musa al-Asha’ri r.a seorang sahabat Nabi,nama "Al-Asy'ari" itu merupakan nama kabilahnya/keluarganya kenapa pula dijadikan nama mazhab?

Kesimpulan: Hal ni sama seperti Muhammad bin Abdul Wahhab,nama mazhabnya dinisbatkan kepada BAPAKNYA sedangkan yang asaskan fahaman tu ialah Muhammad,bukan Abdul
Wahhab,bahkan bapaknya sendiri mencela fahaman ekstrim anaknya(Muhammad) yang suka mengkafirkan ulama dan para muslim.

Jadi persoalan ini tidak timbul kecuali untuk memutar belit dan spin kona baring supaya orang jahil tertipu dengan permainan mereka.

Soalan 3 (Wahhabi): Memang tidak dapat dinafikan bahawa para ulama telah menulis banyak kitab untuk menentang fahaman "Wahhabi" tetapi gelaran "Wahhabi" yang mereka maksudkan itu merujuk kepada seorang tokoh Khawarij bernama Abdul Wahhab bin Rustum yang sememangnya sesat! "Wahhabi" yang dilawan para ulama itu bukan Muhammad bin Abdul Wahhab tapi Abdul Wahhab bin Rustum !!!







Jawapan dari Ust Ibn Nafis dan di tambah-edit oleh Ibnu Batoota: Fakta kononnya gelaran "Wahhabi" itu Abdul Wahab bin Rustum itu adalah temberang besar,itu putar belit hebat tokoh Wahhabi zaman ini yang tidak mahu dilabel sebagai "Wahhabi" kerana kini umat Islam semakin kenal siapa sebenarnya "Wahhabi" yang datang dari NAJD yang Nabi Muhammad telah janjikan dalam hadis sahih bahawa tanduk syaitan akan keluar dari tanah NAJD tempat kelahiran Muhammad bin Abdul Wahhab(pengasas fahaman Wahhabi).

Gelaran "Wahhabi" yang kononnya merujuk kepada Abdul Wahhab bin Rustum itu bukan "Wahhabi" tetapi "Wahbi".

Lihat penjelasan Ibnu Khaldun r.a.h seorang ulama sejarah terkemuka berkenaan Abdul Wahhab bin Rustum :

Dalam kitab Tarikh Ibnu Khaldun juzuk II halaman 98, beliau berkata :

ﻭﻛﺎﻥ ﻳﺰﻳﺪ ﻗﺪ ﺃﺫﻝ ﺍﻟﺨﻮﺍﺭﺝ ﻭﻣﻬﺪ ﺍﻟﺒﻼﺩ ﻓﻜﺎﻧﺖ ﺳﺎﻛﻨﺔ ﺃﻳﺎﻡ ﺭﻭﺡ ﻭﺭﺐ ﻓﻲ ﻣﻮﺍﺩﻋﺔ ﻋﺒد ﺍﻟﻮﻫﺎﺏ ﺑﻦ ﺭﺳﺘﻢ ﻭﻛﺎﻥ ﻣﻦ ﺍﻟﻮﻫﺒﻴﺔ ﻓﻮﺍﺩﻋﻪ

Perhatikan dari teks di atas : (ﻭﻛﺎﻥ ﻣﻦ ﺍﻟﻮﻫﺒﻴﺔ)
dan adalah Abdul Wahhab bin Rustum sebagian dari “Wahbiyyah”.

Lihat gelaran kepada Abdul Wahhab bin Rustum ialah: ﺍﻟﻮﻫﺒﻴﺔ (Al-Wahbiyyah)

Manakala gelaran kepada Muhammad bin Abdul Wahhab ialah: ﺍﻟﻮﻫﺎﺑﻴﺔ (Al-Wahaabiyyah)

Dua ejaan ini sangat jelas berbeza dan trick bodoh ini dilakukan pemuka Wahhabi moden Malaysia untuk menipu orang awam yang tidak pandai membaca kitab Arab,sebaliknya apabila kami check sendiri kitab ulama silam yang bicarakan tentang Abdul Wahhab bin Rustum,ternyata penipuan mereka sangat nyata disitu!

Sekiranya para penipu ini tidak jujur dalam ilmu Sejarah,apa harapan umat untuk menerima ajaran mereka yang kononnya mengikuti Al-Quran dan Sunnah?Tentu lebih banyak kona baring nya kan?

Note: Sudah-sudah lah menipu umat Islam...cukup lah..tak penat ke?Setiap kali aku beri penerangan,mereka akan cakap aku fitnah,itu je lah modal yang diorang ada,sedangkan telah aku bawakan bukti,tinggal korang pergi check sendiri je...jelas sekali para ulama Wahhabi dulu sangat bangga dengan nama "Wahhabi",tapi setelah fakta sejarah hitam mereka tersebar bahawa mereka berkerjasama dengan kafir dari eropah untuk menghancurkan khalifah Islam,membunuh ulama dan umat islam,mengkafirkan umat islam serta memecahbelah kan umat islam sedunia sekaligus menyebabkan umat Islam sedunia jijik dengan mereka,maka mereka berusaha tukar nama gerakan mereka daripada "Wahhabi" kepada "Salafi" kerana tidak mahu lagi fahaman mereka dikaitkan dengan sejarah kotor Wahhabi.Kini yang terbaru,mereka berusaha memadamkan nama "Wahhabi" dari sejarah dengan menyebarkan kononnya nama "Wahhabi" itu merujuk kepada Abdul Wahhab bin Rustum pulak...haih...punya lah hebat putar belit diorang...cuma satu je salah kira diorang...diorang fikir umat Islam dan para ulama ASWJ ni tak de otak dan bodoh macam pentaksub dan pengikut buta mereka sehingga mudah-mudah ditipu dengan putar belit tahap kanak-kanak macam ni?

Tidak,tidak,tidak...

Memang tidak dinafikan semakin hari semakin ramai ulama ASWJ meninggal dunia(kerana janji Allah dalam hadis akan matikan para ulama benar dan tinggalkan orang bodoh berfatwa tanpa ilmu di muka bumi)...tapi masih ramai yang ada akal untuk memikirkan perkara ini dan pertahankan bermati-matian aliran Ahlu sunnah Wal jamaah yang tulen tanpa pencemaran Wahhabi atau Syiah...

~Sekian,sila sebarkan sampai terberak pun tak pe,lagi jauh lagi bagus,biar fitnah dan putar belit mereka khatam.~

Oleh: Al Fadhil Ust Ibnu Batoota Owsem
READ MORE- Soal Jawab berkenaan label "Wahhabi"

Isu Kalimah Allah




Saya sebenarnya sibuk nak exam ni,jadi online kejap2 je,tapi tiap kali online,soalan sama yang sering menyerang ialah berkenaan kalimah allah digunakan orang kristian...hmmm...

Ada yang haramkan,ada yang haruskan,ada yang berbaur politik ada yang berjuang pada kebenaran dan kerisauan terhadap umat...

Apa yang saya lihat ialah dalam masalah macam ni,yang terbaik ialah kita terima kedua2 pendapat dan ambil jalan tengah yang adil dan saksama....


Ulama A cakap HARUS
Ulama B cakap HARAM

Ibnu Batoota pulak cakap...

Asal hukumnya tu harus sebab tidak ada pengharamannya yang jelas dan jelas dalam quran menyatakan yang orang2 kafir pun sebut nama "allah",jadi hukum asalnya jadi HARUS...dan ini lah pendapat ulama A...

Tapi kita kena lihat pula keadaan di MALAYSIA ni,adakah hukum harus tu sesuai atau tidak?Kena faham realiti berikut:

1)Kenapa paderi kristian kat malaysia ni TIBA-TIBA timbulkan isu ni?Sebelum ni tak de masalah pun?

2)Kenapa mereka beria-ria sangat nak pakai kalimah Allah tu sedangkan sebelum ni tak kecoh pun?Mereka sedang merancang sesuatu...

3)Kalau kristian pakai kalimah allah,nanti mereka akan tulis banyak artikel tentang 'agama' dan hias ia dengan nama ALLAH dan orang2 islam yang jahil yang telah tersedia keliru dengan islam,wahabi,syiah bertambah2 keliru dgn kristian pulak,last2 pakat murtad belaka.

4)Gereja-gereja pula akan dihiasi dengan nama Allah,salib akan ditulis nama allah,di kubur kristian ada nama allah,di keranda kristian ada nama allah,dalam tandas pun main masuk je dengan nama allah,dan kita semua tahu nama allah itu suci.Patut ke kita biar?Di depan gereja pula akan tertera papan tanda "ISA itu anak ALLAH",bagi saya perkataan tu sangat pedih di hati berbanding perkataan "ISA itu anak TUHAN",kalau anak2 kecil kita baca,akan terngiang di fikiran mereka yang nabi isa itu anak ALLAH,sedangkan kalau guna lafaz "tuhan" kita boleh pandai2 pusing dan jelaskan kat anak kita.

5)Uruf di Malaysia,nama Allah itu merujuk kepada tuhan orang islam,semua orang faham macam tu,kalau kristian pun pakai nama allah,maka orang jahil akan samakan islam dengan kristian,sekarang ni nampak jelas islam dan kristian tu berbeza,jadi itu lebih selamat,tapi bila 2 agama ni mula dianggap sama,gejala murtad TANPA SEDAR dan secara SEDAR pula akan menjadi2.

6)Sekarang ni umat Islam bergaduh kerana berbeza fahaman politik,kerana syiah,kerana wahabi,salafi,hizbut tahrir,muktazilah dan sebagainya,tak mustahil nanti datang pula orang2 melayu kristian dakyahkan agama mereka secara terbuka dan semua keliru mereka ni kristian ke islam,sama seperti orang keliru antara wahabi,syiah dan islam.

7)Asal kalimah "allah" ni dari lafaz "ilah" yang bermaksud "tuhan" secara umum,kemudian diletakkan alif lam ma'rifah di depannya atas maksud pengkhususan maka menjadilah "allah" yang bermaksud "tuhan yang khusus/satu"..jadi orang kafir pada zaman nabi guna kalimah "allah" sebab itu BAHASA MEREKA,tak kan mereka nak pakai perkataan "tuhan" pulak...sebab tuhan tu lafaz bahasa melayu,apabila yang dimaksudkan orang kafir ketika itu ialah "tuhan" maka lafaz yang terbaik untuk digunakan orang kristian di malaysia ialah "tuhan" bukannya "allah" kerana "allah" di malaysia bukan dimaksudkan sebagai tuhan yang umum seperti kafir musyrikin zaman nabi maksudkan,tapi "allah" di malaysia ni khusus merujuk kepada nama tuhan orang islam,jadi bila had uruf tu dilanggar,kekeliruan besar akan melanda terutamanya kepada orang jahil.

8)Pada sangkaan saya,orang kristian sengaja timbulkan hal ni untuk lebarkan lagi sayap dakyah mereka untuk mengkristiankan seluruh tanah melayu,dan mereka tahu akan ramai yang akan murtad bila mereka berjaya menggunakan nama allah dalam agama mereka sebab orang2 jahil akan anggap SAMA agama islam dan kristian,dan anggap ia cuma khilaf beberapa perkara tapi tetap bertuhankan TUHAN yang SAMA,dakyah seperti inilah yang sering digunakan puak syiah yang kononnya syiah dan sunni tu bersaudara sebab bertuhankan "ALLAH" dan cuma berbeza pendapat dalam beberapa hal..bukan kah ini kekeliruan yang besar?sedangkan ulama sepakat bahawa syiah ini kafir dan tak sama dgn islam,tapi disebabkan syiah pakai istilah2 islam,pakai kalimah allah,pakai pakaian orang islam,maka mereka dilihat sbg orang islam jugak,akhirnya mereka jadi musuh dalam selimut,sedangkan kristian sekarang ni adalah musuh islam LUAR selimut,tapi kalau mereka mula guna istilah2 islam seperti kalimah ALLAH,maka mereka juga akan dianggap sbg sebahagian dari orang islam juga dan akhirnya jadi musuh dalam selimut seperti syiah,maka ketika tu ramai akan murtad tanpa sedar sebab menyokong kristian?Terutamanya golongan orang asli yang tak didedahkan dengan dunia luar,mereka akan anggap islam dan kristian ni sama sebab sama2 bertuhankan "allah"?

9)Tidak ada apa-apa kesan baik pun untuk mengharuskan penggunaan kalimah tu untuk orang kristian,(mungkin ada kesan bagi parti politik,mereka yang sokong kristian,mungkin akan dapat sokongan orang kristian pulak)tapi kesan buruknya terlampau banyak pada ummat islam di malaysia khususnya.

10)Kesimpulannya,dari segi nas,dalil,memang tak haram mereka nak pakai nama allah,tapi dari segi uruf dan kesan-kesan buruknya,maka lebih baik diharamkan mereka gunakan ia sebab kita yakin mereka perjuangkan hak penggunaan kalimah allah tu atas niat yang tak baik terhadap agama kita,jadi sekiranya ulama A cakap agama kita tak haramkan,maka kita setuju,agama kita tak haramkan,tapi kita sokong ia diharamkan atas kuasa kerajaan untuk mencegah kerosakan umat yang bakal berlaku.Contohnya tak da dalil pun budak2 sekolah kena pakai uniform sekolah,tapi kenapa kerajaan wajibkan?memang agama kita tak wajibkan uniform,tapi ia diwajibkan atas peraturan negara,so untuk kalimah allah ni,walaupun agama tak haramkan,tapi kita patut sokong peraturan negara tak benarkan ia diguna orang kristian sebab kesan buruknya terlampau banyak.

11)Kita semua tahu majoriti orang malaysia malas menuntut ilmu,mereka suka hidup dalam kemewahan,senang lenang,duduk depan laptop dan carik agama dari internet,kalau sekarang ni pun dah terlampau banyak ajaran sesat kat internet dan sesatkan ramai orang,lepas ni orang-orang kristian pulak akan tulis banyak artikel agama dalam bahasa melayu yang gunakan nama allah,bertambah-tambah sesat la umat malaysia ni.....

Note: tolong ketepikan soal parti politik dan cuma baca ia dengan mata kebenaran dan kerisauan terhadap keadaan umat semata-mata.Bila saya keluarkan kenyataan yang penggunaan kalimah Allah patut diharamkan ke atas orang kristian,nanti ada lah mangkuk hayun yang bodoh2 fitnah saya ni pengikut umno lah apa lah.Tolong jangan politikkan kenyataan saya.

oleh Ustaz Ibnu Batoota Owsem
READ MORE- Isu Kalimah Allah

Harta wakaf Utsman bin Affan RA sejak zaman Rasulullah SAW terus bertambah sehingga hari ini


Bismillah.

Harta wakaf Utsman bin Affan sejak zaman Rasulullah terus bertambah sehingga hari ini


Khalifah Utsman bin Affan salah seorang sahabat nabi yang menjalankan perniagaan, kaya raya, murah hati dan dermawan. Utsman bin Affan juga mempunyai akaun di salah sebuah bank di Saudi..? Nama akaun dan bil elektrik juga masih atas nama beliau.



Bagaimana beliau memiliki hotel atas namanya di berhampiran Masjid Nabawi itu?



Diriwayatkan pada zaman Nabi Shallallahu ' alaihi wa sallam, kota Madinah pernah mengalami kelaparan dan juga sukar untuk mendapatkan air bersih. Mereka (kaum muhajirin ) sudah terbiasa minum dari air zam-zam di Makah. Satu-satunya sumber air yang tinggal adalah sebuah perigi milik seorang Yahudi, perigi Raumah namanya. Rasanya seperti dengan perigi zamzam. Kaum muslimin dan penduduk Madinah terpaksa beratur dan membeli air bersih dari Yahudi tersebut.



Atas keprihatinan keadaan umatnya, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam kemudian bersabda: " Wahai Sahabatku, siapa saja diantara kalian yang menyumbangkan hartanya untuk dapat membebaskan perigi itu, lalu menyumbangkannya untuk umat, maka akan mendapat surgaNya Allah Ta'ala" ( HR. Muslim) .



Utsman bin Affan Radhiyallahu ' anhu yang kemudian segera bertindak untuk membebaskan perigi Raumah itu. Utsman segera mendatangi Yahudi pemilik perigi dan menawar untuk membeli perigi Raumah dengan harga yang tinggi. Walaupun sudah diberi tawaran yang tinggi, si Yahudi pemilik perigi tersebut tetap menolak menjualnya, "Seandainya perigi ini saya jual kepadamu wahai Utsman, maka aku tidak mempunyai pendapatan yang boleh aku peroleh setiap hari " demikian Yahudi tersebut menjelaskan alasan penolakannya .



Utsman bin Affan Radhiyallahu ' anhu yang ingin sekali mendapatkan balasan pahala berupa Syurga Allah Ta'ala, tidak berputus asa untuk mengatasi penolakan Yahudi ini .



"Bagaimana kalau aku beli setengahnya saja dari perigi" Uthman meneruskan rundingan.



" Maksudmu? " tanya Yahudi kehairanan.



"Begini, jika engkau setuju maka kita akan mempunyai perigi ini bergantian. Satu hari perigi ini milikku, esoknya kembali menjadi milikmu kemudian lusa menjadi milikku lagi demikian selanjutnya berganti satu ke satu hari yang lain. Bagaimana? " jelas Uthman.



Yahudi itupun berfikir, " ... saya mendapat wang banyak dari Utsman tanpa perlu kehilangan perigi milikku ". Akhirnya si Yahudi bersetuju menerima tawaran Utsman tadi dan bersepakat mulai hari itu perigi Raumah adalah milik Utsman bin Affan Radhiyallahu ' anhu.



Utsman pun segera mengumumkan kepada penduduk Madinah yang mahu mengambil air di perigi Raumah, sila mengambil air untuk keperluan mereka secara percuma kerana hari ini perigi Raumah adalah miliknya. Dia juga mengingatkan agar penduduk Madinah mengambil air dalam jumlah yang cukup untuk 2 hari kerana pada keesokan harinya perigi itu bukan lagi milik Uthman.



Keesokan hari Yahudi mendapati perigi miliknya sepi tanpa pembeli kerana penduduk Madinah masih mempunyai persedian air di rumah. Yahudi itupun mendatangi Utsman dan berkata "Wahai Utsman belilah setengah lagi perigi ini dengan harga sama seperti engkau membeli setengahnya semalam " . Utsman setuju, lalu Utsman membelinya dengan harga 20000 dirham, maka perigi Raumah pun menjadi milik Utsman secara sepenuhnya.



Kemudian Utsman bin Affan Radhiyallahu 'anhu mewakafkan perigi Raumah dan sejak itu perigi Raumah dapat dimanfaatkan oleh sesiapa saja, termasuk Yahudi pemilik lamanya.



Setelah perigi itu diwakafkan untuk kaum muslimin dan setelah beberapa waktu kemudian, tumbuhlah di sekitar perigi itu beberapa pohon kurma dan terus bertambah. Lalu Daulah Utsmaniyah memeliharanya hingga semakin berkembang lalu disusuli penjagaan tersebut oleh Kerajaan Saudi sehingga berjumlah 1550 pokok.



Jabatan Pertanian Saudi telah menjual hasil kebun kurma ini ke pasaran dan separuh daripada keuntungan itu disalurkan untuk anak-anak yatim dan fakir miskin. Sebahagianya disimpan dalam bentuk akaun khas milik beliau di salah sebuah bank atas nama Utsman bin Affan di bawah pengawasan jabatan Pertanian.



Begitulah seterusnya sehingga wang yang ada di bank itu cukup untuk membeli sebidang tanah dan membina hotel yang cukup besar di salah sebuah tempat yang strategik berhampiran Masjid Nabawi.



Bangunan hotel itu sudah hampir siap dan akan disewakan sebagai hotel 5 bintang. Dianggarkan mendapat keuntungan sekitar Riyal Saudi 50 juta setahun (RM 42 juta). Setengahnya untuk anak-anak yatim dan fakir miskin dan setengahnya lagi tetap disimpan dan ditabung di bank atas nama Utsman bin Affan radhiyallahu anhu.



Subhanallah, ... Jelas peniagaan dengan Allah selalu menguntungkan dan tidak akan rugi.



Ini adalah salah satu bentuk sedekah jariyah yang pahalanya akan terus mengalir walaupun orangnya sudah lama meninggal dunia.



Disebutkan di dalam hadis sahih dari Abi Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Nabi Shallallahu' alaihi wa sallam bersabda:



إذا مات الإنسان انقطع عنه عمله إلا من ثلاثة إلا من صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له



"Apabila manusia meninggal dunia , terputuslah segala amalannya , kecuali dari tiga perkara: shadaqah jariyah , ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya". [HR . Muslim , Abu Dawud dan Nasa'i ]



Dan disebutkan pada hadits yang lain riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi dari Abi Hurairah Radhiyallahu ' anhu, dia berkata: Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam bersabda .



إن مما يلحق المؤمن من عمله وحسناته بعد موته علما علمه ونشره وولدا صالحا تركه ومصحفا ورثه أو مسجدا بناه أو بيتا لابن السبيل بناه أو نهرا أجراه أو صدقة أخرجها من ماله في صحته وحياته يلحقه من بعد موته



"Sesungguhnya di antara amalan dan kebaikan seorang mukmin yang akan menemuinya selepas kematiannya adalah : ilmu bermanfaat yang diajarkan dan disebarkannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushhaf yang diwariskannya, masjid yang dibangunnya, rumah untuk ibnu sabil yang dibangunnya, sungai (air) yang dialirkannya untuk umum, atau sedekah yang dikeluarkannya dari hartanya diwaktu sihat dan semasa hidupnya, semua ini akan menemuinya setelah dia meninggal dunia ".



*Diterjemahkan oleh Detik Islam.
READ MORE- Harta wakaf Utsman bin Affan RA sejak zaman Rasulullah SAW terus bertambah sehingga hari ini

13 Perkara Yang Perlu Dijaga Oleh Wanita


Bismillah.

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)



2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….



3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)



4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.



5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)



6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.



7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)



8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)



9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)



10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)



11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)



12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.



13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)
READ MORE- 13 Perkara Yang Perlu Dijaga Oleh Wanita

Oh! Orang Tabligh



Bismillah.

Orang Tabligh, 
Entah siapa la yang bagi nama, 
Sedangkan kita semua kan sama, 
Umat Nabi SAW semuanya, 
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama, 
Nabi dah tiada, 
kalau kita tak buat, siapa pula?, 
Tak kan la kerja ustaz dan ulama saja, 
Yang kita ni, Takan nak goyang kaki saja-saja?

Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh datang,
Yang tadi ramai, sekelip mata je dah hilang,
Yang tadi segar bugar dah tido terlentang,
Yang sakit kaki pun boleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya kerja senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj,
bukannya nanti tak pulang,
Yang baru dapat gaji pun kata xde duit, nak bayar hutang,
Yang tadi sihat pun tiba-tiba migrain plak datang,
Yang menganggur pun buat-buat sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je memang la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar, nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia,
Berbondong-bondong orang datang.

Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpa semua orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Semua nak ditemu, Nak diajak pada Allah yang satu.

Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang orang takat sebelah mata,
Dituduh jahil, tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu-dulu pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yang banyak salah,yang banyak dosa,
Tidak mengapa, Allah kan ada, Yang Maha Mengetahui, yang mana intan, yang mana kaca.

Orang Tabligh,
Kekadang buat silap…adat la manusia,
Memang tengah nak belajar-belajar tiru sahabat (r. anhum) yang dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dalam berdakwah memang ambil masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana-mana, Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza-beza,
Tapi boleh makan dalam dulang yang sama,
Bila keluar jemaah semua dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2..keluar pulak air mata.

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, memang ada banyak lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
“Kita sekarang kan di zaman IT”
“Tak main la sunnah-sunnah nih!”
Jagan la macam tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yang rugi? Kan diri sendiri..

Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,
sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, memang nak dok rumah,
bergurau degan bini,Or ajak anak main lari-lari,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi, Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekarang tak buat jyunbi(persiapan),
bila lagi?

Orang Tabligh,
Malam-malam doa hidayat,
Fikir risau, macam mana nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat besok semua selamat,
Orang sekarang ingat hidayat boleh senang-senang dapat,
Tak perlu susah-susah, tak perlu keringat,
dan tak mau pulak jumpa masyarakat,
Hanya sibuk buat ibadat,
Kalau macam itu tada la kita ni “The Best Ummat”.

Orang Tabligh,
“Apa sal la ulama India yg jadik ikutan??”
Mmmm…kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yang bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Semua kena bagi sokongan,
Yang Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jagan bimbang still sendiri punye pegangan,
jadi ta jadi masalah la kan?

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
“I can’t go..sorry!”
Yang dah kawin tak nak berenggang degan isteri,
Yang si isteri mati-mati tak nak suami dia pergi,
Berderai-derai air mata keluar macam air pili,
“Kalau abang nak pergi juga, hantar saya balik kampung esok pagi!!”

Heh, orang laki memang lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg, tak jadi pergi,
Yang tadi josh(bersemangat) tak ingat pon,
jadi lemah seluruh sendi, Kes-kes camni memang banyak terjadi,
Boleh tengok degan mata kepala sendiri,

Tapi kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),”
“no prob.,anytime kami ready!
“Si isteri lambai pemergian suami degan wajah berseri-seri,
Hey, of course la, nanti husband I dapat naik gaji,
Wife mana la yang tak happy,
Heh..ni la realiti, Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat-pakat reti,
Bab akhirat, masing-masing buat tak kesah, tak ambil peduli….

Ya Allah selamatkan lah kami!


Credit : Tuan Mohd Hafiz
READ MORE- Oh! Orang Tabligh

Gambaran Hari Kiamat!


Bismillah.

Mengalir air mata Ku tanpa Ku sedari ketika membaca kisah ini... Astaughfirullah!!!

- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil. ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”. ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah /Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.


-Al Fadhil Maulana Usamah Mables
READ MORE- Gambaran Hari Kiamat!

Kenali Ulama2 Ahlus Sunnah Wal Jamaah Asyariah Maturidiah


Apabila dikata Akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, ia merujuk kepada mazhab al-asya'irah yang diasaskan oleh imam Abu Al-Hasan al-Asya'ari atau al-maturidi.

Dari segi fekah, Mereka berpegang kepada salah satu mazhab Ahlus sunnah wal jamaah sama ada mazhab syafi'i, maliki, hambali dan hanafi. begitu jugalah dengan mazhab akidah sama ada Asya'ari atau maturidi.

Atas Dari kiri 

Habib Umar Al-Hafidz (Yaman),
Syeikh Afeefuddin Al-Jilani (Iraq),
Syeikh Hamzah Yusuf (Amerika Syarikat),
Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari Al-Makki (Indonesia),
Syeikh Muhammad Fuad Ibn Kamaludin Al-Maliki (Malaysia),
Habib Hassan Al-Attas (Singapura),
Habib Ali Zainal Abidin Ibn Abdul Rahman Al-Jufri (Yaman),
Syeikh Sayyid Ahmad Ibn Muhammad Ibn Alawi Al-Maliki Makkah).

Bawah Dari Kiri

Prof Al-Muhaddis As-Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki Al-Hasani (Makkah)
Al-Muhaddis Syeikh Muhammad Ibn Ibrahim Al-Kattani (Mesir)
Al-Arif Billah Syeikh Dr. Yusof Ibn Mahyuddin Al-Bakhor (Lubnan)
Al-Allamah Syeikh Prof. Dr. Abdul Razak Al-Sa'adiy (Iraq)
Syeikh Ali Jumaah (Mesir)
Al-Muhaddis Syeikh Dr. Mahmud Said Ibn Muhammad Mamduh (Mesir)
Sultan Al-Ulama' Al-Habib Salim Ibn Abdullah Ibn Umar As-Syatiri (Yaman)
Al-Arif Billah Al-Habib Abdul Qadir Ibn Ahmad As-Seggaf (Yaman)



READ MORE- Kenali Ulama2 Ahlus Sunnah Wal Jamaah Asyariah Maturidiah

Kisah Keyakinan Abu Darda RA Terhadap Janji Allah SWT




Bismillah

Suatu ketika terjadi kebakaran di sekeliling rumahnya Abu Darda RA. Ketika itu Abu Darda RA diberitahu bahwa rumahnya terbakar. 

Abu Darda katakan, “Tidak mungkin rumah saya terbakar, saya tidak percaya kalau rumah saya terbakar.”

Kemudian datang lagi orang memberitahu, “Wahai Abu Darda rumah kamu terbakar.”

Abu Darda RA kembali katakan, “Saya tidak percaya rumah saya terbakar, tidak mungkin rumah saya terbakar.”

Tiga orang datang menyampaikan kepada Abu Darda bahwa rumahnya terbakar tetapi semuanya di nafikan oleh Abu Darda RA.

Orang-orang bertanya kepada Abu Darda RA, “kenapa kamu tidak percaya rumah kamu terbakar?.”

Ini dikarenakan Abu Darda RA lebih meyakini khabar dari Allah Swt dibanding pandangan Mahluk.

Inilah ujian keimanan ketika Allah mempertemukan khabar dan pandangan dari mahluk, kemana kita lebih yakin. Khabar dari Allah sedangkan pandangan dari Mahluk, yang nampak oleh Mahluk.

Mengapa Abu Darda RA begitu yakin rumahnya tidak akan terbakar ?

ini kerana Abu Darda RA mendapatkan amalan yang diberikan oleh Rasullullah SAW, yang jika dibaca dipagi hari akan terselamatkan dari segala musibah hingga petang hari, dan jika dibaca di petang hari akan terlindungi dari segala musibah hingga pagi hari.

Inilah Khabar yang diyakini oleh Abu Darda RA. Begitulah keyakinan Abu Darda RA dan prasangkanya yang kuat atas khabar dari Allah melalui RasulNya.

Abu Darda RA lebih kuat prasangkanya terhadap Allah dibanding pandangan Mahluk terhadap rumahnya.

Dan ternyata memang rumahnya Abu Darda RA tidak terbakar sedikitpun.

Hari ini kita baca doa, tetapi keyakinannya tidak ada sama sekali, kalaupun ada tapi keyakinannya pada Asbab. Doa pada Allah tetapi asbab yang diyakini. Padahal kita membaca doa ini untuk mendapatkan Qobuliat, terutama doa-doa masnunat dalam setiap amal.

Celakanya hari ini doa saja kita tidak mau membacanya, tidak mau belajar. Padahal tidak ada yang lebih diyakini daripada doa-doa masnunat ini, iaitu doa yang memiliki qobuliat jika kita meyakini.

Kita belajar doa-doa yang diajarkan oleh Nabi Saw. Tidak ada satu orangpun yang mengajarkan doa sebanyak ini melebihi Nabi Saw. Nabi-nabi lain tidak ada yang mengajarkan Doa sebanyak Nabi Saw.

Dulu waktu kita keluar di awal dakwah, kita rajin sekali mempelajari dan menghafal doa-doa masnunah.

Bagaimana dengan sekarang? sudah lupa semua belajar doa. Keluar dijalan Allah lagi dan lagi, tetapi perkara ini sudah di tinggalkan, inginnya di anggap sebagai orang lama, sebagai penanggung jawab.

Abu Darda RA pagi-pagi sudah baca doanya, orang datang bilang rumahnya terbakar apa kata Abu Darda RA, “Aku tidak percaya, tidak mungkin rasullullah Saw mengajarkan aku doa untuk terhindar dari musibah, namun rumahku tetap terbakar, ini perkara yang tidak mungkin”.

Allah akan penuhi janji pada seseorang apabila orang ini yakinnya sempurna. Perasangka kita terhadap Allah ini bisa mendatangkan kekuatan yang besar, apa itu ? mendatangkan Qudratullah dalam diri kita.

Orang yang sangkaannya kuat terhadap Allah berarti dia ada Maaiyatullah, kebersamaan dengan Allah. Abu Darda RA, setelah padam apinya orang datang kepada Abu Darda RA, “Wahai Abu Darda tadi ada kebakaran disekitar rumahmu, namun hampir saja api mengenai rumahmu, namun tidak jadi terbakar.” Apakah ini hanya kebetulan ? bukan kebetulan, tetapi dengan amalan dan doa tadi yang dikasih Nabi Saw.

Apabila dalam setiap amal kita yakini Janji Allah Swt, maka Allah penuhi janjinya. Amal ini akan sempurna apabila ada yakin pada janji Allah, tidak dengan ragu-ragu.

Lihat orang-orang munafik , mereka ini ciri-cirinya beramal lihat keadaan, lihat ahwal. Orang beriman ini ketika beramal yang dilihatnya adalah apa perintah Allah pada saat itu.
READ MORE- Kisah Keyakinan Abu Darda RA Terhadap Janji Allah SWT
Copyright© All Rights Reserved pena-siswa2u.blogspot.com