Halaman

Kisah Bidadari Ibnu Batoota






Rasanya dah lama tak update pasal kisah bidadari kan?

bukan apa, manusia ni wujud yang hatinya bersih lalu mengambil ia sebagai bahan ibrah (pengajaran) lalu amalkan mana yang belum di amal...

tapi wujud juga manusia yang kotor hatinya lalu mengambil ia sebagai bahan ghibbah (umpatan) sesama kawan, lalu mereka jauh dari amal-amal yang solehah.....

Pape pun, ada sesuatu yang aku rasa rugi kalau tak kongsi, rasanya dah pupus atau hampir pupus jenis-jenis wanita yang serahkan segalanya untuk suaminya, yang benar-benar faham maksud syariat menutup aurat, yang benar-benar faham maksud berhias dan lainlain tentang seorang wanita solehah seperti yang kita baca dalam kitab-kitab agama, kisah-kisah wanita solehah terdahulu....


Disebabkan aku berada dalam suasana yang begini, maka golongan-golongan yang rasa "aku dah cukup solehah, aku pakai macam ustazah, aku pakai purdah" bagi aku masih masih masih jauh jauh ketinggalan jika nak dibandingkan dengan kesolehahan para wanita muslimah generasi awal islam seperti isteri para sahabat, para waliyullah.....

Hari ni tibe-tiba rasa nak share something sebab petang ni malas nak tulis kitab, lepak kat facebook dulu sebelum offline malam ni...

Aku sebenarnya sangat suka perempuan yang pakai warna pink, tudung labuh pink dan purdah pink, sebab nampak ayu dan sangat cantik, walaupun berpurdah, hati ni akan tergugat lebih teruk daripada lihat wanita yang seksi (sebab tu aku marah perempuan purdah upload gambar dalam fb) dulu sebelum kawen, aku teringin nak isteri yang pakai purdah pink, so lepas aku kawen,aku belikan serba pink untuk bidadari ku...

bila aku hadiahkan pada dia,dia cuma diam dan tanya:

"kenapa abang beli semua serba pink?"

aku jawab sebab nak bagi dia pakai,sebab aku suka perempuan pakai pink...

dia tanya kenapa suka?

aku jawab sebab cantik...

kemudian dia diam....

dan akhirnya berkata,kalau macam tu,dia tak boleh pakai benda ni semua kat luar sana...

aku tanya kenapa??

dia jawab sebab nanti dia nampak cantik...kalau saya nampak dia cantik pakai pink tentu orang lain pun nampak cantik,dia tak nak cantik kepada sapa-sapa pun kecuali kepada saya......

saya pun diam.........tapi kecewa sebab dia tak nak pakai pink...lalu aku tanya pastu baju ni macam mana?

dia jawab...kan boleh pakai dalam rumah untuk saya sorang??

eh,eh,betul jugak.... :p
tak terfikir pulak....

so bermula lah tiap hari bila saya balik dari kelas,bidadariku akan sambut dalam keadaan pakai baju muslimah pink,tudung labuh pink dan purdah pink...hehehehe....

orang mesti ingat aku gila suruh isteri pakai purdah dalam rumah...

tapi hakikatnya, orang yang pakai purdah pink, biru, putih dan warna-warna selain warna suram, kusam, muram tu semuanya nampak cantik, jadi maksud dari "menutup aurat" tu masih belum sempurna...

bidadariku tidak memahami "menutup aurat" sebagai menutup badan dengan kain seperti majoriti makhluk bernama wanita zaman sekarang...

tapi beliau memahami syariat "menutup aurat" sebagai menutup badan dari pandangan lelaki ajnabi seperti yang difahami majoriti wanita solehah zaman dahulu kala.......

p/s: seluruh dunia ini terlaknat, seluruh perhiasannya terlaknat kecuali isteri yang solehah, nikmatnya lebih besar dari semua perhiasan syurga kerana semua nikmat wujud dalam syurga,tapi nabi adam tetap sunyi tanpa hawa, jadi isteri yang solehah itu lebih nikmat dari seluruh nikmat syurga..... :)




Note: Sumber artikel ini ditulis oleh maulana Ibnu batoota (Facebook) beliau adalah pelajar madrasah yang menuntut ilmu di Afrika selatan dan mempunyai ijazah bersanad sampai ke Rasulullah saw.

Oh ya, artikel ini juga telah mendapat izin daripada beliau untuk dikongsikan disini :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright© All Rights Reserved pena-siswa2u.blogspot.com