Kawan-kawan, saya nak offline. nak kembali berjuang, lagipun bidadari saya dah bising suruh offline sebab mata saya dah merah asyik migrain dari pagi tadi fikir pasal korang. haih. nak rehat pulak. insyaAllah jumpa lagi minggu depan.
Saya syorkan, kawan-kawan pun kurangkan lah main fb ni. online sabtu ahad je macam saya, amacam? kalau alasan nak main fb nak carik ilmu, kita muzakarahlah ilmu sabtu ahad? lagi 5 hari, kita bagi lah masa untuk ibadat, kita asyik "tuntu ilmuuu" je, bila kita nak amal ilmu-ilmu facebook ni?
Untuk post terakhir ni saya nak jawab persoalan ramaaai rakan-rakan yang tanya, tapi semua saya tak jawab sebab malas nak jawab. Jadi biar saya jawab kat sini, semua dapat manfaat.
Soalannya ialah: "ostad, macam mana ustad boleh dapat banyak ilmu macam ni? apa amalan ustad? macam mana ustad belajar? macam mana ustad ngafal? (Dan soalan-soalan yang berbau macam ni)
Jawapan: ok..hmmmm...
Macam ni... saya ni orang biasa, korang yang muliakan saya, tapi hakikatnya Allah yang tahu, saya kenal diri saya, saya ni kalau nak banding ngan anjing kat luar nu, anjing lagi baik dari saya, ilmu saya bukan ada. saya kosong. semua tu ilmu Allah.
Tapi saya ada belajar cara-cara nak dapatkan ilmu dari ramai ulama seluruh dunia dan alhamdulillah ajaran mereka tu bermanfaat buat saya dan menyebabkan saya dapat faham dan hafal ilmu dengan mudah, saya senaraikan apa yang guru-guru saya ajar yang berjaya saya dapat hasilnya:
1). Setiap hari taubat minta ampun pada Allah.
2). Sentiasa khidmat mak ayah dan rayu minta doa dari ibu sebab doa ibu sangat mustajab!
3). Khidmat dan adab dengan ibu bapa dan ustaz.
4). Adab dan akhlak terhadap ibu bapa, ustaz dan ilmu itu yang paling penting.
5). Jangan tinggi suara depan ibu bapa dan ustaz.
6). Saya tak pernah halakan kaki
kepada ibu bapa dan ustaz bahkan tidak pernah halakan kaki kepada mana-mana
ulama dan rakan-rakan saya yang hafiz quran sebab hormati ilmu dan quran
dalam dada mereka.
7). Tak pernah halakan kaki kepada
mana-mana kitab agama dan tak pernah sentuh mana-mana kitab agama termasuk lah
pen dan kertas kosong yang diniatkan untuk guna menulis ilmu Allah tanpa "WUDHU".
8). Tak pernah tunjuk bontot kat ustadz, lepas cakap dengan ustad, keluar dengan berundur.
9). Setiap kali dengar hadis atau ilmu
yang 'SUDAH TAHU', saya akan tunduk dan cakap "ya Allah, aku belum tahu
ilmu ni, aku masih jahil!"
10). Setiap kali dengar hadis atau ilmu, akan niat dalam hati untuk "AMAL" bukan untuk "kumpul ilmu".
11). Setiap kali belajar dan terlintas
dalam hati yang belajar tu sebab nak jadi pandai, saya akan terus stop
belajar dan betulkan niat dulu sungguh-sungguh, baru sambung belajar balik.
12). Semua ulama yang aku jumpa walau lebih muda dari aku akan aku hormati dan sanjung-sanjung dia.
13). Setiap kali baca kisah
sahabat, wali dan ulama hebat saya akan doa dalam hati "ya Allah, aku
bukan wali, aku bukan ulama, aku bukan orang soleh, tapi mencintai mereka dan
PERTAHANKAN AJARAN MEREKA dari virus-virus dajal, maka ampunkan aku dan bukak
lah pintu ilmu utk ku"
14) Setiap kali dengar apa-apa ilmu, aku
akan sentiasa bercakap dalam hati, "aku tak tahu, aku jahil, aku
hina", bahkan selepas aku paham pun, aku akan tetap nafikan yang aku
paham.(Wallahi cara ini sgt berkesan untuk Allah buka lagi dan lagi
kefahaman tentang sesuatu ilmu, dan pengalaman aku, kalau aku cakap "dah tahu"
kepada sesuatu ilmu, kefahaman akan terhenti sampai situ je, aku tak dapat
faham lebih jauh lagi tentang sesuatu ayat quran atau hadis tu).
15). Kalau orang puji aku, aku sangaaat
takut dan istghfar, tapi kalau orang hina aku atau cakap aku bodoh, aku
saaaangat gembira, sebab tu cara tarbiah hati untuk tawadhuk dengan
allah, baru lah allah bagi lagi banyak ilmu yang belum saya ketahui.
16). Saya tidak ambil ilmu dari kitab
dan ulama semata-mata, tapi saya ambil ilmu dari segalanya, dari perkataan
budak kecik, dari haiwan, dari kata-kata kawan, isteri, kelakuan
mereka, perubahan awan, langit dan hujan, semua yang berlaku depan mata
saya, saya yakin allah nak bagi mesej, lalu saya akan termenung fikir dan
doa mintak allah bagi faham, pastu allah akan bagi macam-macam ilham dan
kadang-kadang ilham yang terlampau banyak ni saya limpahkan dalam fb, kadang
dalam diari, kadang kat isteri.
17). Kena tahu kedudukan ilmu, bila
susun kitab, akan susun ikut tahap, contohnya kitab mantik saya letak
paling bawah, diikuti ilmu nahu, ilmu fiqh, ilmu tauhid, tajwid, hadis, dan
al quran paling tinggi.
18). Saya sentiasa dahulukan pendapat
ulama lama yang lebih warak dan dekat dengan nabi, dan saya akan
belakangkan sebelakang mungkin pendapat-pendapat baru dari ulama baru yang hidup
dalam zaman dajal ni.
Ntah la.. aku rasa ini yang penting kot.. kalau ada lagi, nanti kita muzakarah lagi...
Korang nak cakap saya bongkak, takabur dok cerita amalan sendiri, itu bukan hal saya.. Saya serahkan kepada allah untuk adili ia, tapi saya rasa ilmu dan adab ni sangat bermanfaat utuk saya jadi saya nak share denag semua orang supaya korang pun dapat amal...
Ntah la.. aku rasa ini yang penting kot.. kalau ada lagi, nanti kita muzakarah lagi...
Korang nak cakap saya bongkak, takabur dok cerita amalan sendiri, itu bukan hal saya.. Saya serahkan kepada allah untuk adili ia, tapi saya rasa ilmu dan adab ni sangat bermanfaat utuk saya jadi saya nak share denag semua orang supaya korang pun dapat amal...
Note: Sumber artikel ini ditulis oleh maulana Ibnu batoota (Facebook) beliau adalah pelajar madrasah yang menuntut ilmu di Afrika dan mempunyai ijazah bersanad sampai ke Rasulullah saw.
Semoga bermanfaat. oh ya, artikel ini sudah mendapat izin dari beliau untuk di kongsikan di sini :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan