jika cinta Rasulullah saw di hati kita insyaAllah kita akan cinta segala apa sahaja yang di bawa oleh Rasulullah saw dan akan mencapai ikhlas dengan izinNya.
Walaupun baginda jauh melangkaui kita, jauh meninggalkan kita dari generasi ke generasi hampir 1500 tahun lau tetapi kita akan merasa dekat dengan baginda kerana cinta tidak melibatkan "Time dan Space" (masa dan ruang).
Cinta boleh membara melangkaui generasi. Kerana itu ahli sufi berkata Rasulullah saw tidak mati. Ya, baginda tidak mati di hati kita. Secara zahir memang wafat tetapi di hati mereka cinta Rasulullah saw sentiasa hidup sahaja dan terasa hampir dengan Rasulullah saw.
Semailah cinta kepada Rasulullah saw dihati untuk mencapai cinta Allah.
Dua kalimah syahadah adalah bukti bahawa cinta kepada Allah dan Rasulullah saw tidak terpisah dimana cinta Allah itu tujuan, cinta Rasulullah itu jalan. Tidak mungkin tercapai tujuan "lailahaillallah" tanpa mengikut jalan " Muhammad Rasulullah saw".
Malah Allah swt berfirman dalam al quran.
"Katakanlah ( wahai Muhammad ) , jika kamu benar-benar mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Ingatlah Allah maha pengampun lagi maha penyayang."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan