Kaedah mengetahui ilmu mana yang sahih dan boleh diamalkan:
Situasi: mat berjalan-jalan dalam internet lalu terbaca artikel islamik,isinya sangat hebat,tapi fatwa dalamnya meragukan sebab ia tidak pernah didengari sebelum ini contohnya penulis tu halalkan perkara A,mat pun pening sebab dia dengar ceramah ust azhar idurs kata perkara A tu haram? dan UAI cakap itu ijmak ulama 4 mazhab? dalam artikel tu pu lak macam-macam dalil dia bagi,dan dalil-dalil imam didaifkan,jadi macam mana ni? pening laaahh...
Kaedah 1 : 4 imam mazhab berserta ratusan ribu ulamanya ialah kelompok ahli sunnah wal jamaah (aswj), jadi hanya fatwa mereka sahaja yang diterima kerana hanya mereka sahaja yang punyai sanad ilmu yang sampai kepada rasulullah.
Kaedah 2 : kalau ada yang dakwa
dalil yang dipakai ulama 4 mazhab tu daif,maka pendapatnya ditolak sebab
zaman muhaddisin(ahli hadis yang klasifikasikan hadis kepada
sahih, hasan, daif dan lain-lain) tu datang selepas zaman imam 4 mazhab.
Kaedah 3 : Para imam mazhab adalah
tabi'in dan tabi' tabi'in,jadi mereka lah yang paling dekat dengan zaman
nabi dan hadis yang dtg kepada mereka sahih, tapi MUNGKIN jadi daif pada
zaman ini kerana perawi-perawi yang banyak antara nabi dan ulama zaman
ini, jadi kita tak boleh tolak hujah imam 4 mazhab sebab kalau sesebuah
hadis tu jadi hujah mereka, ia konfem sahih, walaupun ulama datang lepas
tu cakap daif.
Kaedah 4 : kita hanya ikut ulama
tradisional sahaja kerana jelas sekali qabuliyyat (penerimaan allah)
terhadap mereka,sedangkan ustaz-ustaz baru yang datang mengelirukan umat ni
kita tolak sejauh-jauhnya, selagi fatwa ulama baru tidak bercanggahan dengan
fatwa lama dari ulama dulu, maka ia diterima.
Kaedah 5 : Orang yang keluarkan
fatwa tapi bercanggah dengan imam mazhab maka fatwanya kita jangan amal
dan suruh ulama tu simpan untuk anak bini dia je sebab ulama-ulama baru bukan
mujtahid yang layak istinbatkan hukum dari nas seperti para imam
mazhab. Kalau semua layak keluar fatwa, lepas ni tukang kebun pun nak jadi
mufti (seperti orang-orang wahabi yang menolak imam mazhab lalu mereka
keluarkan fatwa sendiri, hinggakan kat malaysia ni, ada kapten kapal
terbang yang jahil agama pun tulis kitab pasal hadis lah, mustolah hadis
lah, dan bahas macam-macam hukum,tak ke gila tu? nabi dah pesan akhir zaman ni
urusan-urusan agama akan diambil alih oleh bukan ahlinya menyebabkan umat
rosak dan keliru, orang awam jadi mangsa sebab kebodohan-kebodohan mereka.)
Kaedah 6 : Hanya perkara baru yang
belum ada fatwanya dari 4 imam mazhab je layak untuk seseorang mufti
keluarkan fatwa berkenaannya dengan syarat mesti mengikuti usul-usul mazhab, contohnya hukum main facebook, zaman imam syafie dulu tak de facebook, jadi
ulama zaman sekarang boleh fatwakan hal-hal mcm tu dan kita terima.
Kaedah 7 : tapi untuk perkara yang
SUDAH SELESAI DIBAHAS seperti hukum purdah, hukum haid masuk masjid, hukum
nyanyian, hukum muzik dan lain-lain, maka kalau ada ulama baru nak "bagi
pendapat",kita suruh ulama tu simpan pendapat dia dalam laci rumah
dia, kami tak perlukan dia sebab kami ada ulama-ulama dulu yang lebih
suci, warak, alim daripada dia... suruh dia pergi main jauh-jauh.. jangan jadi
virus dalam umat..
Kaedah 8 : bergurulah dengan manusia
bukan dengna mesin,sebab berguru dengan mesin ni sanadnya tak sampai
rasulullah dan menyesakan,sebab tu zman dulu tak de pun internet tapi
ilmu mereka ckup hebat dan tak berlaku kerosakan macam sekarang, tapi
zaman sekarang ada internet, data di hujung jari, tak payah susah-susah naik
unta bermusafir berbulan-bulan untuk satu hadis macam orang dulu, tapi tetap
orang zaman sekarang lah menang dalam pertandingan "sapa paling jahil"
antara umat zaman internet dengan umat zaman talaqqi...
Note: Sumber artikel ini ditulis oleh maulana Ibnu batoota (Facebook) beliau adalah pelajar madrasah yang menuntut ilmu di Afrika selatan dan mempunyai ijazah bersanad sampai ke Rasulullah saw.
Oh ya, artikel ini juga telah mendapat izin daripada beliau untuk dikongsikan disini :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan