"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah beku, bacalah dan tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya." (Surah Al-A'laq: Ayat 1-5)
Berhati-hati Meletakkan Cinta
Bismillah
Cinta ini terletaknya di hati. Hati ini adalah raja dalam kerajaan diri dan yang paling berkuasa didalam diri kita. kalau hati mahu kan sesuatu segala2nya diarahkan, tangan diarahkan kepada kemahuan kita, pikiran, kaki dan segala pancaindera kita diarahkan kepada apa yang diarahkan oleh hati.
Cinta itu bertakhta di hati bila hati menguasai diri kita dan bila cinta mengusasai hati kita berhati-hatilah menjaga hati. Berhati-hati meletakkan cinta kita pada "SIAPA" dan kepada "APA" kerana cinta itu suatu kuasa yang sangat luar biasa yang tidak ada tandingannya.
Bila tepat masa dan siapa, cinta adalah suatu kuasa yang luar biasa bayangkan dengan cinta orang sanggup mengorbankan nyawa. Buktinya lihat saja para syuhada, para mujahid islam telah mengorbankan nyawa mereka. bukan hanya nyawa tetapi mereka telah mengorbankan segala kesenangan dan keseronokan hidup kerana apa? Kerana cinta mereka untuk mati syahid. Begitulah hebatnya cinta.
Tetapi apabila cinta tersalah letak akan membawa padah siapa yang kita cintai akan jadi musibah dimana ramai orang yang bunuh diri kerana cinta.
Yang satu hidup mulia di akhirat yang satu hidup terhina di akhirat. Yang satu mati syahid yang satu bunuh diri. apa yang membezakan?
Cinta yang ada di hati. Ya sebab itu perlu berhati-hati menjaga cinta. Cinta itu buta, buta segala penderitaan, buta segala kesusahan demi meraih apa yang diingini. Lihat saja para sahabat kita jika kita hidup dizaman mereka kita akan katakan perbuatan yang dilakukan seperti orang gila (bagi yang tidak tahu) tetapi sebaliknya jika mereka hidup di zaman kita mereka lihat kita mengaku islam tetapi tidak ada perwatakan islam.
Bayangkan satu contoh untuk kita bagaiman saidina abu bakar meletakkan batu kerikil kedalam mulutnya hanya untuk menjaga lidahnya daripada mengumpat berbeza dengan umat sekarang di mana mereka mengaku islam tetapi Riba, mengaku islam tetapi mendedahkan aurat, mengaku islam tetapi tidak cinta kepada Allah, rumah Allah dibiarkan kosong dan sebagainya. Ini islam atau sebaliknya.
Oleh sebab itu InsyaAllah apabila kita mencintai sesuatu kita kan jadi buta kepada penderitaan segala kesusahan demi yang kita cinta sebab tu kadang2 apabila hujan lebat kita sanggup datang ke masjid, kita sanggup bangun pagi untuk berjemaah di surau.
Sedangkan ada orang yang lebih sihat daripada kita lebih lapang daripada kita, lebih kaya daripada kita yang tidak datang bukan kerana unsur apa2 tetapi kerana hati belum jatuh cinta.
Sebab itu pepatah arab mengatakan seseorang itu akan menjadi hamba kepada apa yang dicintai. Apabila kita cinta kepada Allah InsyaAllah kita akan menjadi hamba kepada Allah tetapi apabila kita salah meletakkan cinta, kita kan jadi hamba kepada apa yang kita cinta iaitu selain daripada Allah. Setiap orang pasti ada rasa cinta kerana bila Allah ciptakan hati “ Love” pasti ada cinta di hati kita.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan