Antara soalan yang famous dalam inbox, bbm, whatsapp, emel saya ialah:
"Ostad,macam mana nak tau sesuatu ilmu agama tu sahih ke tak? sekarang kan macam-macam fahaman, ustaz-ustaz pun ramai bawak ajaran pelik, kami yang awam ni jadi confuse nak ikut mana satu??? mana satu yang perlu kita ikut ni???"
Saya nak terangkan semua memang penat, jadi Allah ilhamkan saya supaya bagi jawapan dalam bentuk kaedah yang mana kal au kalian rasa ilmu kalian dapat tu bercanggah dengan kaedah yang diberi, maka ilmu itu patut ditolak:
1. Dalam hadis nabi nyatakan umat akhir zaman akan berpecah 73 puak, 72 masuk neraka,satu jemaah je masuk syurga iaitu AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH (aswj). Jadi hanya fatwa dari aswj sahaja yang wajib kita pegang dan haram kita tinggal.
2. 72 golongan sesat tu dapat dikenali apabila ciri-ciri aswj tidak wujud dalamnya.
3. Ciri-ciri aswj dari segi
akidah: berpegang pada 2 mazhab akidah iaitu mazhab al-asy'ai atau
al-maturidi, kalau di malaysia, pengajian akidah sifat 20 adalah akidah
yang sahih kerana ia disusun oleh 2 imam ini.
4. Ciri2 aswj dari segi fiqh: berpegang pada 4 mazhab fiqh iaitu mazhab hanafi, maliki,syafie, hanbali, j adi
selain dari mereka, dan jika ada 'ulama' yang bagi fatwa bercanggah
dengan fatwa 4 mazhab ni (seperti dalam status lepas), maka fatwa itu
tertolak.
5. Ciri-ciri aswj dari segi
tasawwuf: berpegang pada 2 mazhab tasawuf iaitu mazhab al-ghazali dan
al-baghdadi.Jika ada yang mendakwa ilmu tasawuf ni haram atau seangkatan
dengannya, maka dia terkeluar dari aswj.
6. Fahaman sesat seperti syiah, wahabi, salafi, muktazilah , jabariah, murjiah, qadiriah, hul ul, wihdatul wujud, tasahhul dan banyak lagi adalah gerakan yang tidak memenuhi ciri di atas dan terkeluar dari aswj.
7. Ulama-ulama kontemporari, kita hormati
tetapi tidak ditaati jika ia menyimpang dari aswj, tapi kalau menyimpang
dari aswj, ulama itu kita tolak walau sehebat mana pun namanya di mata
dunia.
8. Ramai manusia masih jahil tentang
cara beramal dengan perkara khilaf, ramai yang cakap, 'ala khilaf semua
ni, kita pilih je mana suka.. semua betul'.. Sebenarnya setiap perkara
khilaf akan ada penyelesaian dalam mazhab masing-masing, sebab dalam setiap
mazhab ada kumpulan ulama yang dinamakan "ashabur rajih" iaitu yang
mengkaji perkara khilaf tadi dan klasifikasikan yang mana fatwa daif dan
yang muktamad, contohnya 1000 ulama dalam mazhab syafie fatwakan A
HARAM, tapi ada 20 ulama dalam mazhab syafie cakap A tu HALAL, maka fatwa
haram akan dijadikan fatwa muktamad tapi ada kelonggaran utk amal fatwa
daif jika darurat, contohnya seperti hukum purdah dalam mazhab
syafie, fatwa muktamad yang dibahaskan imam ibn hajar haitami rah. ialah
wajib, fatwa daifnya pula wajib hanya jika timbul fitnah, jadi fatwa
muktamad diutamakan, fatwa daif diharuskan dalam darurat (seperti halangan
ibu bapa, unversti, kerajaan, lemah iman dan lain-lain)
Sekian dulu kaedah untuk kali ni, otak saya tengah jem, kalau ada lagi saya ingat, insyallah saya sampaikan..
Sekian dulu kaedah untuk kali ni, otak saya tengah jem, kalau ada lagi saya ingat, insyallah saya sampaikan..
Jadi
kalau ilmu-ilmu yang kalian kutip dari internet sebab malas nak berguru
tu, check dulu jika ianya bertetapan dengan aswj, baru ilmu tu boleh
dipercayai...wallahualam...
Note: Sumber artikel ini ditulis oleh maulana Ibnu batoota (Facebook) beliau adalah pelajar madrasah yang menuntut ilmu di Afrika selatan dan mempunyai ijazah bersanad sampai ke Rasulullah saw.
Oh ya, artikel ini juga telah mendapat izin daripada beliau untuk dikongsikan disini :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan